Home > News > KERJASAMA DUA AGENSI MOSTI DENGAN UNHAS MEMBUAH HASIL

KERJASAMA DUA AGENSI MOSTI DENGAN UNHAS MEMBUAH HASIL

April 21st, 2011 Leave a comment Go to comments

 

Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili with (from left) , SIRIM chairman Datuk Hajah Jamaliah Kamis, UNHAS Rector Professor Dr. Idrus A. Paturusi and Technology Park Malaysia Chairman Dato’ Nasarudin Hashim at teh press conference.

MAKASSAR (APRIL 21, 2011): Kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta teknikal di antara dua agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Universitas Universitas Hasanuddin (UNHAS) di sini telah berjaya membuah hasil yang membanggakan.

”Kolaborasi dengan UNHAS yang melibatkan SIRIM Berhad dan Technology Park Malaysia (TPM) adalah bertujuan mempromosikan aplikasi teknologi-teknologi di bawah MOSTI demi tujuan pengkomersilan,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau bertambah bahawa melalui kepakaran dan teknologi SIRIM dan TPM serta penyelidikan oleh UNHAS, projek-projek berkenaan berjaya membangunkan industri-industri berasaskan sumber sediaada di kawasan tersebut.

Projek–projek itu dilaksanakan di bawah kerjasama MOSTI-Ujung Padang yang dimeterai ketika lawatan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Ujung Padang pada November 2009, tambah beliau.

Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili with (from left) Technology Park Malaysia Vice - President (Business Development) Ahmad Husni Johari, Technology Park Malaysia Chairman Dato’ Nasarudin Hashim, UNHAS rector Professor Dr. Idrus A. Paturusi and Dean of UNHAS Pharmacy Faculty Prof Dr Elly Wahyuddin showing the products developed in the TPM-UNHAS collaboration.

”Kerjasama ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia melalui bidang sains, teknologi dan inovasi,” kata beliau ketika majlis penyerahan dan pelancaran projek-projek tersebut di UNHAS.

Turut hadir Pengerusi TPM Dato’ Nasarudin Hashim, Pengerusi SIRIM Datuk Hajah Jamaliah Kamis dan Rektor UNHAS Profesor Dr. Idrus A. Paturusi.

Teknologi SIRIM telah diaplikasikan untuk membangunkan industri cuka asli bagi komuniti di Makassar, manakala kerjasama TPM – UNHAS melibatkan pembangunan produk-produk menggunakan ekstrak Paliasa sebagai rawatan alternatif untuk penyakit hati.

Kerjasama SIRIM-UNHAS telah berjaya menghasilkan cuka asli menggunakan palma Aren yang terdapat dengan banyaknya di daerah Bantaeng, Selatan Sulawesi, dan secara tradisi digunakan oleh pekebun kecil untuk menghasilkan gula perang.

”Kajian keberkesanan oleh UNHAS menunjukkan ia sesuai untuk menghasilkan cuka asli. Malahan, cuka dan wain Aren dikenalpasti berpotensi untuk pasaran di Jepun, Portugis dan Sepanyol,” Datuk Seri Dr Maximus berkata.

Usahawan dari daerah berkenaan serta kakitangan UNHAS telah diberi latihan  aplikasi teknologi fermentasi di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian, SIRIM.

SIRIM juga telah membina sebuah loji pandu di daerah Bantaeng yang mampu menghasilkan sehingga 200 liter cuka jernih sehari. Ruang yang diperlukan untuk loji yang kos efektif ini adalah hanya  70 meter persegi,manakala tenaga kerja untuk operasi loji adalah hanya tiga orang.

Kerjasama SIRIM-UNHAS juga melibatkan  pembangunan, pembungkusan dan pelabelan produk untuk pengusaha rumpai laut, madu asli dan cuka Aren.

Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili with (from left) SIRIM Chairman Datuk Hajah Jamaliah Kamis, UNHAS rector Profesor Dr. Idrus A. Paturusi, Technology Park Malaysia Chairman Dato’ Nasarudin Hashim (behind) dan UNHAS ' Prof Dr Dwia Aries Tina at the launch of the projects.

Sementara itu, TPM dan UNHAS telah bekerjasama dalam pembangunan skala komersil produk-produk berasaskan tumbuhan Paliasa (nama saintifik kleinhovia hospita linn). Ini adalah sejenis herba yang banyak terdapat di Sulawesi Selatan yang secara tradisi digunakan untuk merawat penyakit hati.

Sekumpulan penyelidik UNHAs telah menjalankan penyelidikan dan pengekstrakan daun Paliasa di Malaysia. Bagi tujuan ini, fasiliti pengekstrakan TPM di Pusat Bioteknologi Herba di Raub, Pahang dan makmal pembangunan produk di Bukit Jalil, telah digunakan.

Ujian-ujian telah menunjukkan bahawa ekstrak Paliasa mampu mengurangkan tahap serum glutamic pyruvic transaminase (sGPT) dan serum glutamic oxaloacetic transaminase (sGOT), iaitu ujian enzim bagi menentukan fungsi hati.

Ujian histologi juga menunjukkan bahawa regenerasi sel-sel hati adalah baik apabila dirawat dengan ekstrak Paliasa seperti ubat-ubatan komersil lain.

Melalui kerjasama TPM-UNHAS, beberapa produk seperti kapsul, teh, susu soya dan kambing berasaskan Paliasa, dan jus buah-buahan telah dihasilkan di Pusat Bioteknologi Herba TPM.

“Produk-produk ini sedia dipasarkan di Malaysia dan Indonesia dan  mampu menjadi alternatif kepada pesakit hati sebagai rawatan yang lebih ekonomikal tapi berkesan,” kata Datuk Seri Dr Maximus.

Categories: News Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
*